Apakah kebaikan kolostrum, Kalsium, Vitamin D dan Lysine?
- Kolostrum mengandungi khasiat imunoglobulin jenis G (IgG) dan polipeptida kaya proline (PRP).
- IgG membantu melawan jangkitan bakteria dan virus.1,2
- PRP menyokong dan mengembalikan keseimbangan sistem imun.1,3
- Lysine meningkatkan selera makan dan kepelbagaian pengambilan makanan kanak-kanak.4
- Kalsium meningkatkan kesihatan tulang dan pembentukan gigi.5
- Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium.5
Siapakah yang digalakkan untuk mengambil Kid’s Colostrum Cal-D Plus Lysine?
- Kanak-kanak yang kurang selera makan.
- Kanak-kanak yang mengamalkan vegetarian (kurang pengambilan lysine).
- Kanak-kanak yang ingin tumbesaran dan perkembangan yang sihat.
Berapakah dos yang disarankan?
Kanak-kanak (2 tahun dan ke atas): 2 tablet kunyah, 1-2 kali sehari.
Kandungan
Serbuk Kolostrum (20% IgG & ≥4% PRP) | 100mg |
Lysine | 20mg |
Kalsium | 35mg |
Vitamin D | 50IU |
Rujukan
- Godhia M.L & Patel N. (2013). Colostrum – its composition, benefits as a nutraceutical: a review. Current Research in Nutrition and Food Science, 1(1): 37 -47
- Blood Test: Immunoglobulins (IgA, IgG, IgM) (for Parents) – Nemours KidsHealth. (n.d.). Retrieved from https://kidshealth.org/en/parents/test-immunoglobulins.html
- Power Packed Proline Peptides Restore Immune Balance. (n.d.). Retrieved from https://www.clinicaleducation.org/resources/abstracts/power-packed-proline-peptides-restore-immune-balance/
- Nagai, H., & Takeshita, S. (1961). Nutritional effect of l-lysine supplementation on growth of infants and children. Pediatrics International, 4(2), 40-46
- Calcium, Nutrition, and Bone Health – OrthoInfo – AAOS. (n.d.). Retrieved from https://orthoinfo.aaos.org/en/staying-healthy/calcium-nutrition-and-bone-health/
FAQ
Q1: Dari manakah kolostrum komersial boleh didapati?
- Memandangkan kolostrum manusia sukar didapati, disimpan, dan digunakan sebagai suplemen, kolostrum lembu digunakan untuk tujuan komersial. Ini kerana, kolostrum lembu boleh didapati dalam kuantiti yang banyak dan kandungannya paling mirip dengan kolostrum manusia. Sebenarnya, proses pengambilan kolostrum lembu diawasi mengikut kriteria FDA yang sangat ketat untuk memastikan kolostrum tersebut steril, bersih, dan bebas daripada bovine spongiform encelopathy (BSE) atau bahan berbahaya yang lain.
Q2: Dari manakah sumber semulajadi lysine boleh didapati?
- Secara semulajadi, lysine boleh didapati dari protein yang berkualiti tinggi seperti yang terkandung dalam daging, sumber ternakan, ikan, telur, dan produk tenusu kerana sumber-sumber ini mengandungi kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh badan kita. Selain itu, ia juga boleh didapati dari protein tumbuhan seperti yang terkandung dalam kacang soya, kacang pistachios, dan biji labu, namun kandungannya adalah lebih rendah.