FERROVIT

Anemia kekurangan zat besi ataupun “IDA” merupakan sejenis anemia yang berlaku apabila paras zat besi tidak mencukupi untuk menghasilkan sel darah merah. Ferrovit merupakan supplemen yang mengandungi zat besi (Ferrous Fumarate), asid folat, dan vitamin B12 yang digunakan untuk rawatan anemia kekurangan zat besi serta wanita hamil dengan gejala anemia.

Apa itu Ferrovit?

Apa itu Ferrovit?

Besi / Ferrous Fumarate: adalah salah satu komponen penting bagi hemoglobin.

Asid folat: Folat memainkan peranan penting dalam hematopoiesis (pembentukan darah) dan penghasilan sel darah merah.

Vitamin B12 / Cobalamin: ialah vitamin larut air, dan diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.

Bagaimana Ferrovit membantu mengekalkan kesihatan?

Bagaimana Ferrovit membantu mengekalkan kesihatan?

Ferrovit merupakan suplemen besi yang mengandungi Ferrous Fumarate yang digunakan untuk rawatan anemia kekurangan zat besi. Vitamin B12 dan asid folik memainkan peranan penting dalam pembentukan darah dan juga membantu mencegah kecacatan tiub neural semasa hamil.

Siapakah yang digalakkan untuk mengambil Ferrovit?

Siapakah yang digalakkan untuk mengambil Ferrovit?

  • Wanita dengan kedatangan haid yang banyak.
  • Kekurangan zat besi.
  • Kehamilan menyebabkan anemia.
  • Pesakit anemia.
Berapakah dos yang disarankan?

Berapakah dos yang disarankan?

Satu kapsul 2 kali sehari selepas makan atau seperti yang diarahkan.

Apakah ciri-ciri Ferrovit?

Apakah ciri-ciri Ferrovit?

  • Pembungkusan individu untuk pengendalian mudah dan mencegah pengoksidaan.
  • Mengandungi perisa vanila, tiada rasa metalik atau logam.
  • Kapsul lembut, mudah ditelan.
  • Gangguan abdomen yang minimum.
Amaran/ Interaksi makanan

Amaran/ Interaksi makanan

Kopi, teh, dan makanan yang kaya dengan kalsium (seperti susu dan yogurt) akan menghalang penyerapan zat besi. 

Kandungan

Kandungan

Ferrous Fumarate 162mg
Asid Folik  0.75mg
Vitamin B12 7.5mg

Ini adalah iklan produk ubat
MAL19913041X
KKLIU0631/2022
Tarikh Tamat Tempoh 31 Disember 2024

Back

Category: