Gazgo

GAZGO adalah formula anti-kembung perut berdos tinggi yang mengandungi 200mg simethicone. Dos yang tinggi ini memberikan kesan kelegaan cepat untuk individu yang mengalami gejala angin berlebihan dalam usus. Ia datang dalam bentuk kapsul gelatin lembut bersaiz kecil yang mudah ditelan tanpa meninggalkan rasa berkapur yang tidak menyenangkan.

Bagiamanakah GAZGO membantu melegakan ketidakselesaan perut akibat gas berlebihan?

Bagiamanakah GAZGO membantu melegakan ketidakselesaan perut akibat gas berlebihan?

  • Simethicone merangsang penyingkiran gas dan mencegah pembentukan gas berlebihan dalam usus .
  • Simethicone bersifat anti-gelembung gas yang mampu memecahkan  gelembung gas kecil dengan mengurangkan tegangan  permukaannya.
  • Simethicone telah digunakan secara meluas sebagai anti-kembung perut yang berkesan, terutamanya untuk individu yang mengalami  gejala angin berlebihan dalam usus akibat dispepsia (ketidakhadaman), GERD (penyakit gastroesophageal refluks atau pedih ulu hati), cirit-birit, atau masalah-masalah usus yang lain.
  • Simethicone tidak akan diserap oleh usus dan akan disingkirkan dari badan.
Siapakah yang digalakkan untuk mengambil GAZGO?

Siapakah yang digalakkan untuk mengambil GAZGO?

  • Individu dewasa yang mengalami gejala angin berlebihan dalam usus (seperti senak atau ketidakselesaan perut, kembung perut).
  • Individu dewasa yang mengalami masalah gastrousus (seperti GERD atau dispepsia) akibat gejala angin berlebihan dalam usus.
Berapakah dos yang disarankan?

Berapakah dos yang disarankan?

Dewasa: 1 kapsul, sehingga 4 kali sehari, selepas makan dan  sebelum tidur.

Kandungan

Kandungan

Simethicone 200mg
Kontra-indikasi

Kontra-indikasi

  • Hipersensitiviti terhadap simethicone
  • Mengalami atau disyaki mengalami usus berlubang atau tersumbat
Kesan sampingan

Kesan sampingan

Pengambilan simethicone secara oral dapat ditoleransi dengan baik apabila diambil seperti yang telah disarankan. Namun, terdapat juga kesan-kesan sampingan yang mungkin jarang-jarang boleh berlaku: cirit-birit (ringan), loya, regurgitasi, muntah, kembung perut, pedih ulu hati, dan sembelit.

Ini iklan produk ubat
MAL 14125133XS
KKLIU 1663/2020
Tarikh Tamat Tempoh 31 Disember 2022

FAQ

FAQ

Q1: Mengapa kita mempunyai gas berlebihan dalam sistem penghadaman?
  • Adalah normal untuk kita   mempunyai gas dalam sistem penghadaman. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh mengakibatkan gas berlebihan atau penyingkiran gas yang perlahan:
    1. Makanan – sesetengah  makanan menghasilkan gas berlebihan, seperti penapaian karbohidrat yang tidak dapat diserap (karbohidrat kompleks) dalam usus besar; laktosa; kekacang; makanan bergoreng  atau berlemak; serat berlebihan; minuman bergas; pemanis tiruan.
    2. Masalah gastrousus –  dispepsia (ketidakhadaman); penyakit gastroesophageal refluks (GERD); sindrom irritasi usus (IBS); ulser peptik; intoleransi laktosa; penyakit Celiac; penyakit Crohn.
    3. Menelan udara berlebihan – tabiat gaya hidup tertentu seperti makan atau minum dengan terlalu cepat, kecenderungan untuk  menelan akibat rasa gementar, merokok; minum menggunakan straw; pemakaian gigi palsu yang longgar.
    4. Lain-lain – pengambilan antibiotik yang mengganggu keseimbangan bakteria baik; laksatif; sembelit (pergerakan usus yang perlahan menyukarkan pembuangan gas); gejala pra-haid (seperti kembung akibat perubahan hormon).

Back