Apa itu Eugica Ivy Syrup?
Eugica Ivy Syrup adalah sejenis produk herba yang mengandungi daun Hedera helix L (daun Ivy). Setiap 5ml mengandungi 38.47mg ekstrak daun ivy kering. Ekstrak daun ivy kering digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk dan kerengsaan tekak serta mengurangkan kahak.
Eugica Ivy Syrup ialah produk herba yang disahkan Halal, digunakan untuk simptom batuk.
Siapa yang disarankan untuk mengambil Eugica Ivy Syrup?
Kanak-kanak dan dewasa yang mengalami batuk, kerengsaan tekak dan masalah kahak.
Berapakah dos yang disarankan?
- Kanak-kanak berumur 2-5 tahun: ambil 2ml, dua kali sehari
- Kanak-kanak berumur 6-11 tahun: ambil 2.5ml, dua kali sehari
- Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas, Dewasa: ambil 5ml, dua kali sehari
(Goncang sebati dan ambil selepas makan, menggunakan cawan penyukat yang dibekalkan)
Kandungan
Setiap 5ml sirup mengandungi:
Ekstrak Folium Hedera Helix (daun Ivy) | 38.47mg |
Mengandungi Potassium Sorbate 0.134% w/s sebagai pengawet |
Tanpa tambahan gula, alkohol dan pewarna tiruan
Ini iklan produk tradisional
MAL23046180T
KKLIU 1937/ EXP: 31/12/2025