Kid’s Gummies Multivitamins + Minerals

BiO-LiFE Kid’s Gummies Multivitamins + Minerals merupakan gummy berperisa buah yang mengandungi 8 vitamin penting dan 2 jenis mineral. Multivitamin dan mineral penting untuk kesihatan kanak-kanak.

Apa itu BiO-LiFE Kid’s Gummies Multivitamins + Minerals?

Apa itu BiO-LiFE Kid’s Gummies Multivitamins + Minerals?

  • Vitamin A penting untuk fungsi mata, sistem imun dan tumbesaran sel dan tisu otot.1
  • Vitamin B5 dan B6 membantu dalam metabolisma protein, lemak dan karbohidrat.1
  • Biotin membantu dalam metabolisma lemak dan karbohidrat.1
  • Asid folik penting untuk tumbesaran dan pembahagian sel. Ia juga membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mengelakkan anemia.1
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mengekalkan kesihatan saraf.1
  • Vitamin D3 diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada sistem imun.1
  • Vitamin E melindungi lemak tisu badan daripada kerosakan akibat pengoksidaan.1
  • Iodin penting untuk penghasilan hormon tiroid yang mengawal metabolisma, tumbesaran dan perkembangan.1
  • Zink bertindak sebagai koenzim yang penting utuk tumbesaran, pembahagian sel, metabolisma nutrien dan sistem imun.1
Golongan kanak-kanak yang digalakkan untuk mengambil BiO-LiFE Kid’s Gummies Multivitamin + Minerals?

Golongan kanak-kanak yang digalakkan untuk mengambil BiO-LiFE Kid’s Gummies Multivitamin + Minerals?

  • Kanak-kanak yang memilih makanan.
  • Kanak-kanak dengan pemakanan yang tidak seimbang.
  • Kanak-kanak yang ingin meningkatkan kesihatan fizikal.
Berapakah dos yang disarankan?

Berapakah dos yang disarankan?

  • Kanak-Kanak (2-4 tahun): Satu gummy setiap hari selepas makan.
  • Kanak-Kanak (4 tahun ke atas): Dua gummy setiap hari selepas makan.
Apakah ciri-ciri Kid’s Gummies Multivitamins + Minerals?

Apakah ciri-ciri Kid’s Gummies Multivitamins + Minerals?

  • 3 perisa yang enak: Blackcurrant, strawberi, oren.
  • Gummy berbentuk mini yang seronok dan comel.
  • Mengandungi 8 vitamin dan 2 mineral penting.
  • Mudah dikunyah.
  • Tanpa pemanis tiruan dan bahan pengawet.
Amaran/Kontra-Indikasi

Amaran/Kontra-Indikasi

Tidak diketahui

Kandungan

Kandungan

Vitamin A
Vitamin B5
Vitamin B6
Vitamin B12
Vitamin D3
Vitamin E
Asid folik
Biotin
Iodin
Zink
Saiz pek

Saiz pek

30 gummy, 60 gummy

Rujukan

Rujukan

  1. Ministry of Health, Malaysia. 2017. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia.
FAQ

FAQ

Q1: Apakah pemakanan yang seimbang?
  • Pemakanan yang seimbang bermaksud pengambilan berbagai-bagai jenis makanan dalam kadar yang sesuai, dan mengambil makanan serta minuman yang mencukupi untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat.
  • Pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Pelbagai makanan berkanji seperti nasi, roti, biskut, kentang.
  • Sebahagian daging, ikan, telur, kekacang.
  • Sebahagian susu dan produk tenusu.
  • Sedikit makanan dan minuman yang mengandungi kadar lemak dan gula yang tinggi seperti minyak masak, burger, minuman ringan.
Q2: Bagaimanakah cara untuk menangani pemakan cerewet?
  • Cuba elak daripada memaksa anak-anak anda sekiranya mereka enggan makan.
  • Sentiasa hidang makanan dalam jumlah kecil bagi mengelak dari membebankan anak-anak anda.
  • Gabungkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang seperti lobak merah dan jagung manis dalam hidangan.
  • Potongkan makanan dalam saiz yang lebih kecil atau berbagai-bagai bentuk.
  • Galakkan anak-anak anda supaya membantu menyediakan makanan seperti mencuci sayur-sayuran.
  • Sentiasa sediakan pilihan makanan yang sihat untuk anak-anak anda sehingga mereka menjadi biasa dan sukai.

Back