Ladies, Can Your Period Cause Anemia?

Sep 29, 2020

Introduction
 

World Health Organization

In year 2011, one in three non-pregnant woman were anemic. And iron deficiency is thought to contribute to at least half of this global burden.

 

FACT: Women, particularly adolescent girls, are vulnerable to iron deficiency.

REASON: Menstrual blood loss (especially during heavy flow); growing female adolescents with increased iron requirements (experiencing rapid growth with expansion of the red blood cell mass)

CONCERN OF THE DAY: Is your menstrual causing you to have anemia?

Averagely, women experience their first period around the age of 13. Until menopause, a woman will have approximately 500 periods in her lifetime. You are more susceptible to anemia if you have abnormally heavy or prolonged bleeding during your menstrual period, which the signs include:

 

  • Soaking through one or more sanitary pads or tampons every hour for several consecutive hours
  • Need to use double sanitary protection to avoid leaking
  • Need to wake up in the middle of the night to change sanitary protection
  • Prolong menstrual bleeding i.e. longer than a week
  • Passing blood clots larger than a quarter
Iron in Red Blood Cells

Iron is vital in blood production and about 70% found in red blood cells. Iron deficiency happens when your body loss too much blood and/or not getting enough replenishment. Gradually (may take up to years), this leads to Iron Deficiency Anemia (IDA) as your body doesn’t have sufficient iron to produce red blood cells.

What Can I Do?
 
Besides medical treatment for your heavy menstrual bleeding, you need to get daily oral iron supplementation to restore the lost nutrient. Iron supplements using ferrous fumarate can provide the highest percentage of elemental iron for body absorption. You also need Vitamin B12 and Folic Acid which are essential in the formation and development of healthy red blood cells.
Worried about the unpleasant metallic taste of iron supplements? Mega BiO-LiFE Ferrovit is an iron supplement that comes in pleasant vanilla flavour. Moreover, it comes in convenient individual blister packing and in a soft capsule for easy swallowing. Ladies, take good care of yourself so that you can care for your loved ones!

Wanita, Adakah Haid Penyebab Anemia?

Sep 29, 2020

Pengenalan
 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Pada tahun 2011, satu daripada tiga wanita bukan hamil mengalami anemia. Dan kekurangan zat besi menyumbang kepada sekurang-kurangnya separuh dari beban global ini.

 

FAKTA: Golongan wanita, terutamanya gadis remaja cenderung mengalami kekurangan zat besi.

SEBAB: Kehilangan darah semasa haid (terutamanya semasa aliran berat); gadis remaja yang sedang membesar dengan keperluan zat besi yang meningkat (mengalami tumbesaran pesat dengan pertambahan jisim sel darah merah)

PERSOALAN: Adakah haid penyebab anemia?

Secara purata, wanita mengalami haid pertama sekitar umur 13 tahun. Sehingga menopaus, wanita akan mengalami lebih kurang 500 kali haid dalam hidup mereka. Anda akan lebih cenderung untuk mendapat anemia sekiranya anda mengalami haid aliran berat dan berpanjangan yang luar biasa, dan tanda-tandanya adalah:

 

  • Menukar satu atau lebih tuala wanita atau tampon setiap satu jam pada beberapa jam berturut-turut
  • Perlu menggunakan tuala wanita berganda untuk mengelakkan kebocoran
  • Perlu bangun pada tengah malam untuk menukar tuala wanita
  • Haid yang berpanjangan iaitu lebih daripada satu minggu
  • Keluarnya darah beku yang bersaiz lebih dari syiling quarter (2.4cm)
Zat Besi dalam Sel Darah Merah
 

Zat besi sangat penting dalam penghasilan darah  dan lebih dari 70% daripadanya terdapat dalam sel darah merah. Kekurangan zat besi berlaku apabila badan anda kehilangan darah yang sangat banyak dan/atau tidak mendapat gantian zat besi yang secukupnya. Secara perlahan-lahan (sehingga bertahun-tahun), keadaan ini boleh menyebabkan Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA) kerana badan anda tidak mempunyai zat besi yang secukupnya untuk menghasilkan sel darah merah.

Apa yang Saya Boleh Lakukan?
Selain daripada mendapatkan rawatan untuk haid aliran berat, anda perlu mendapatkan suplemen zat besi oral harian untuk menambah semula nutrien yang hilang. Suplemen zat besi yang mengandungi ferrous fumarate membekalkan peratusan elemen zat besi yang paling tinggi untuk penyerapan dalam badan. Anda juga memerlukan Vitamin B12 dan Asid Folik yang penting untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.

Risau dengan rasa metalik suplemen zat besi yang tidak menyenangkan? Mega BiO-LiFE Ferrovit merupakan suplemen zat besi yang berperisa vanila. Tambahan lagi, ia didatangkan dalam pek blister individu dan berkapsul lembut supaya mudah untuk ditelan. Wanita, jagalah diri anda dengan baik supaya anda boleh menjaga insan yang tersayang!