Yeast as probiotic – Saccharomyces boulardii

Apr 26, 2021

What is Saccharomyces boulardii?
 

Saccharomyces boulardii is a probiotic yeast that beneficial to human health. Back in year 1920, a French microbiologist, Henri Boulard discovered a closely related strain to baker’s yeast, Saccharomyces boulardii1. He observed that some people who were drinking a special tea made from the outer skin of lychee and mangosteens did not develop cholera1. He then succeeded in isolating this special strain of yeast: Saccharomyces boulardii.

Since then, the probiotic properties of Saccharomyces boulardii have been studied. Probiotics can be from bacteria or yeast microbes. Saccharomyces boulardii is a yeast probiotic, thus it has different structure and properties from bacterial probiotics. One of the major differences is yeast probiotic can be taken along with antibiotic1.


Saccharomyces boulardii has been tested for its clinical efficacy in treating and preventing gastrointestinal problem, including antibiotic-associated diarrhea, traveler’s diarrhea, and acute diarrhea. One is considered having a diarrhea if he/she is passing a loose, watery stools for 3 or more times in a 24-hour period. Any infection by viruses, bacteria, or parasites, antibiotics, and certain foods may also cause diarrhea.

So, how Saccharomyces boulardii helps to prevent harmful bacteria that cause stomach upset and diarrhea? As a yeast probiotic, it can survive through the gastric acid and bile to reach the colon2. It can achieve a steady-state concentration level in the body within 3 days2. In the gut, it can bind to bad bacteria and remove them from the gastrointestinal system3. It has anti-microbial and anti-toxin effects2 to prevent the growth of harmful bacteria in the gut and protecting the gut from their invasion. It also can help to enhance our immune system and aid in nutrient digestion and absorption.

Diarrhea is a common side effects following an antibiotic treatment. Saccharomyces boulardii has been extensively studied for its efficacy in reducing the incidence of diarrhea among antibiotic users4. Unlike bacterial probiotic, yeast probiotic is resistant to antibiotics1. Therefore, antibiotic users can consume Saccharomyces boulardii at the same time.

For travelers, Saccharomyces boulardii is a perfect companion for them to travel freely without worrying of having loose stools and abdominal pain. In addition, this yeast probiotic can survive at 37 °C and it is stable at room temperature2. Therefore, it does not require to be kept in the refrigerator and convenient to be bring, everywhere they go.

Besides that, Saccharomyces boulardii is suitable to be taken by children above 1 year old5. Saccharomyces boulardii used among children suffering from acute watery diarrhea have showed to shorten the duration of diarrhea and normalizes the stool consistency.6

Mega-Probio Sachets contains Saccharomyces boulardii 250mg (2.5 billion CFU). Thus, let make Mega-Probio Sachets your companion today to help support the balance of gut microbiota and protecting your gut from harmful pathogens.

References
 
  1. McFarland, L.V., 2010. Systematic review and meta-analysis of Saccharomyces boulardii in adult patients. World J Gastroenterol.,16(18): 2202–2222
  2. Kelesidis, T., and Pothoulakis, C., 2012. Efficacy and safety of the probiotic Saccharomyces boulardii for the prevention and therapy of gastrointestinal disorders. Therap Adv Gastroenterol., 5(2): 111–125
  3. Pais, P., Almeida, V., Yılmaz, M., and Teixeira, M.C., 2020. Saccharomyces boulardii: What Makes It Tick as Successful Probiotic? J Fungi (Basel), 6(2): 78
  4. Czerucka, D., Piche, T., and Rampal, P., 2007. Review article: yeast as probiotics — Saccharomyces boulardii. Aliment Pharmacol Ther, 26(6):767-78
  5. Canani, R.B., et.al., 2011. Saccharomyces boulardii: a summary of the evidence for gastroenterology clinical practice in adults and children. Eur Rev Med Pharmacol Sci., 15 (7): 809-822
  6. Htwe, K., Yee, K.S., Tin, M., and Vandenplas, Y., 2008. Effect of Saccharomyces boulardii in the treatment of acute watery diarrhea in Myanmar children: a randomized controlled study. Am J Trop Med Hyg., 78(2):214-6.

Probiotik Yis – Saccharomyces boulardii

Apr 26, 2021

Apakah itu Saccharomyces boulardii?

Saccharomyces boulardii merupakan probiotik yis yang bermanfaat untuk kesihatan manusia. Pada tahun 1920, seorang ahli mikrobiologi Perancis yang bernama Henri Boulard telah menemui sejenis strain probiotik yang berkait rapat dengan yis roti, iaitu Saccharomyces boulardii1. Dia mendapati, individu yang minum teh istimewa yang diperbuat dari kulit laici dan manggis tidak mengalami taun1. Kemudiannya, dia berjaya mengasingkan strain yis ini: Saccharomyces boulardii.

Sejak itu, ciri-ciri probiotik Saccharomyces boulardii mula dikaji. Probiotik boleh didapati dari jenis bakteria atau yis. Saccharomyces boulardii merupakan probiotik yis dan ia mempunyai struktur dan ciri-ciri yang berbeza dari probiotik bakteria. Salah satu perbezaan yang ketara adalah probiotik jenis yis boleh diambil bersama antibiotik1.

Saccharomyces boulardii telah diuji secara klinikal untuk keberkesanannya dalam merawat dan mencegah masalah gastrousus, termasuklah cirit-birit yang berkaitan dengan antibiotik, cirit-birit pengembara, dan cirit-birit akut. Seseorang individu dianggap mengalami cirit-birit sekiranya dia membuang najis berair dan cair, sebanyak 3 kali atau lebih dalam tempoh masa 24 jam. Sebarang jangkitan virus, bakteria, atau parasit, serta antibiotik dan sesetengah makanan juga boleh menyebabkan cirit-birit.

Jadi, bagaimana Saccharomyces boulardii membantu mencegah bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit? Sebagai probiotik yis, ia dapat bertahan dari asid gastrik dan hempedu untuk sampai ke usus besar2. Ia mampu mencapai paras kepekatan yang stabil dalam badan, dalam masa 3 hari2. Di usus, ia melekat pada bakteria jahat dan membuangnya keluar dari sistem gastrousus3. Ia mempunyai ciri-ciri anti-mikrob dan anti-toksin2, maka ia boleh membantu mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya pada usus dan melindungi usus dari serangannya. Ia juga dapat membantu meningkatkan sistem imun kita dan membantu dalam penghadaman dan penyerapan nutrien.

Cirit-birit merupakan kesan sampingan yang biasanya berlaku akibat rawatan antibiotik. Saccharomyces boulardii telah dikaji keberkesanannya dalam mengurangkan kes cirit-birit dalam kalangan pengguna antibiotik4. Tidak seperti probiotik bakteria, probiotik yis tidak terkesan dengan antibiotik1. Oleh itu, pengguna antibiotik boleh mengambil Saccharomyces boulardii pada masa yang sama.

Untuk individu yang gemar mengembara, Saccharomyces boulardii merupakan teman baik bagi mereka supaya dapat mengembara dengan bebas tanpa mengalami cirit-birit dan sakit perut. Selain itu, probiotik yis ini dapat hidup pada suhu 37 °C dan stabil pada suhu bilik2. Oleh itu ia tidak perlu disimpan dalam peti sejuk dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Selain itu, Saccharomyces boulardii juga sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas5. Pengambilan Saccharomyces boulardii dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami cirit-birit akut dapat memendekkan tempoh masa cirit-birit dan mengembalikan konsistensi najis6.

Mega-Probio Sachets mengandungi 250mg (2.5 bilion CFU) Saccharomyces boulardii. Oleh itu, jadikan Mega-Probio Sachets sebagai teman anda untuk menyokong keseimbangan mikrobiota usus dan melindungi usus anda daripada patogen berbahaya.

Rujukan
 
  1. McFarland, L.V., 2010. Systematic review and meta-analysis of Saccharomyces boulardii in adult patients. World J Gastroenterol.,16(18): 2202–2222
  2. Kelesidis, T., and Pothoulakis, C., 2012. Efficacy and safety of the probiotic Saccharomyces boulardii for the prevention and therapy of gastrointestinal disorders. Therap Adv Gastroenterol., 5(2): 111–125
  3. Pais, P., Almeida, V., Yılmaz, M., and Teixeira, M.C., 2020. Saccharomyces boulardii: What Makes It Tick as Successful Probiotic? J Fungi (Basel), 6(2): 78
  4. Czerucka, D., Piche, T., and Rampal, P., 2007. Review article: yeast as probiotics — Saccharomyces boulardii. Aliment Pharmacol Ther, 26(6):767-78
  5. Canani, R.B., et.al., 2011. Saccharomyces boulardii: a summary of the evidence for gastroenterology clinical practice in adults and children. Eur Rev Med Pharmacol Sci., 15 (7): 809-822
  6. Htwe, K., Yee, K.S., Tin, M., and Vandenplas, Y., 2008. Effect of Saccharomyces boulardii in the treatment of acute watery diarrhea in Myanmar children: a randomized controlled study. Am J Trop Med Hyg., 78(2):214-6.