Gazgo

GAZGO adalah formula anti-kembung perut berdos tinggi yang mengandungi 200mg simethicone.

Bagiamanakah GAZGO membantu melegakan ketidakselesaan perut akibat gas berlebihan?

Bagiamanakah GAZGO membantu melegakan ketidakselesaan perut akibat gas berlebihan?

  • Simethicone merangsang penyingkiran gas dan mencegah pembentukan gas berlebihan dalam usus .
  • Simethicone bersifat anti-gelembung gas yang mampu memecahkan  gelembung gas kecil dengan mengurangkan tegangan  permukaannya.
  • Simethicone telah digunakan secara meluas sebagai anti-kembung perut yang berkesan, terutamanya untuk individu yang mengalami  gejala angin berlebihan dalam usus akibat dispepsia (ketidakhadaman), GERD (penyakit gastroesophageal refluks atau pedih ulu hati), cirit-birit, atau masalah-masalah usus yang lain.
  • Simethicone tidak akan diserap oleh usus dan akan disingkirkan dari badan.
Siapakah yang digalakkan untuk mengambil GAZGO?

Siapakah yang digalakkan untuk mengambil GAZGO?

  • Individu dewasa yang mengalami gejala angin berlebihan dalam usus (seperti senak atau ketidakselesaan perut, kembung perut).
  • Individu dewasa yang mengalami masalah gastrousus (seperti GERD atau dispepsia) akibat gejala angin berlebihan dalam usus.
Berapakah dos yang disarankan?

Berapakah dos yang disarankan?

Dewasa: 1 kapsul, sehingga 4 kali sehari, selepas makan dan  sebelum tidur.

Kandungan

Kandungan

Simethicone 200mg
Kontra-indikasi

Kontra-indikasi

  • Hipersensitiviti terhadap simethicone
  • Mengalami atau disyaki mengalami usus berlubang atau tersumbat
Kesan sampingan

Kesan sampingan

Pengambilan simethicone secara oral dapat ditoleransi dengan baik apabila diambil seperti yang telah disarankan. Namun, terdapat juga kesan-kesan sampingan yang mungkin jarang-jarang boleh berlaku: cirit-birit (ringan), loya, regurgitasi, muntah, kembung perut, pedih ulu hati, dan sembelit.

Ini iklan produk ubat
MAL 14125133XS
KKLIU 0251/2023
Tarikh Tamat Tempoh 31 Disember 2025

FAQ

FAQ

Q1: Mengapa kita mempunyai gas berlebihan dalam sistem penghadaman?
  • Adalah normal untuk kita   mempunyai gas dalam sistem penghadaman. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh mengakibatkan gas berlebihan atau penyingkiran gas yang perlahan:
    1. Makanan – sesetengah  makanan menghasilkan gas berlebihan, seperti penapaian karbohidrat yang tidak dapat diserap (karbohidrat kompleks) dalam usus besar; laktosa; kekacang; makanan bergoreng  atau berlemak; serat berlebihan; minuman bergas; pemanis tiruan.
    2. Masalah gastrousus –  dispepsia (ketidakhadaman); penyakit gastroesophageal refluks (GERD); sindrom irritasi usus (IBS); ulser peptik; intoleransi laktosa; penyakit Celiac; penyakit Crohn.
    3. Menelan udara berlebihan – tabiat gaya hidup tertentu seperti makan atau minum dengan terlalu cepat, kecenderungan untuk  menelan akibat rasa gementar, merokok; minum menggunakan straw; pemakaian gigi palsu yang longgar.
    4. Lain-lain – pengambilan antibiotik yang mengganggu keseimbangan bakteria baik; laksatif; sembelit (pergerakan usus yang perlahan menyukarkan pembuangan gas); gejala pra-haid (seperti kembung akibat perubahan hormon).

Back

Category: